Easy Defragmenter Using Command Prompt

Dalam perniagaan internet kita sedia maklum bahawa penggunaan komputer memang tidak boleh dipisahkan. Orang tua-tua (orang lama << marah Sarjan Misai dalam gerak khas) kata ibarat kuku dengan isi begitu akrab hingga tak boleh dipisahkan lagi. Hek eleh, berperibahasa pulak kan? Hahahaa, jangan jeles.. Jadi, jika kita bercakap mengenai perniagaan internet, mestilah kita akan merujuk kepada penggunaan komputer dan internet.. Kalau bergiat dalam perniagaan internet tapi tak guna komputer pon boleh jugak sebenarnya tapi ada cara tertentu.. Soalan cepu mas, sape nak jawab? bagaimana yer cara tertentu tu?
Tapi kebiasaannya mana ada orang bisnes internet tak pakai komputer kan? So, oleh kerana komputer adalah aset paling penting bagi seseorang yang berkecimpung dalam bidang perusahaan internet maka penjagaan yang baik haruslah diamalkan supaya urusan tidak tergendala akibat kerosakan atau error yang berlaku kepada sistem komputer. Maklum saja buatan tangan manusia mana lah perfect seperti mana Dia yang buat.. So, setiap buatan manusia nie mesti ada kesilapan yang sengaja mahupun tidak sengaja..
Dalam sistem komputer, peralatan paling asas adalah :
1 – RAM
2 – Harddisk
3 – PROCESSOR
4 – MOTHERBOARD
5 – KEYBOARD
:: Dengan adanya 5 peralatan ini pun sudah boleh menggunakan komputer.. Ape? Mouse? Okay la saya tambah satu lagi Mouse tapi kalau tak guna Mouse pun boleh je guna Keyboard Shortcuts..
Daripada kelima2 peralatan tersenarai tu, Harddisk merupakan aset paling penting sebab disitu kita akan simpan segala data berkaitan perniagaan internet samada data itu sangat penting, agak penting, kurang penting atau tak penting langsung
Jadi, kalau dah tahu harddisk tu penting kena lah jaga betul2.. Kalau komputer rosak pon sekurang2nya data yang ada dalam harddisk tu boleh diselamatkan lagi.. Merujuk kepada harddisk, apa yang berlaku semasa data disimpan? Sebenarnya, setiap harddisk akan dibahagikan kepada ruangan yang tertentu atau boleh juga dikatakan sebagai bilik2 kecil dimana data akan disimpan dan dibaca.. Bilik2 kecil ni korang tak nampak so tak payah nak kopek benda tu nak intai tengok.. Saya ibaratkan jelah supaya korang senang faham.. Bilik2 kecil ni disediakan oleh OS (operating system) sebab tu kita kena format dulu harddisk yang baru dibeli sebelum boleh guna.. Kadang2 harddisk corrupt kan? So, itu maksudnya bilik2 kecil ni dah hilang di punya id atau pengenalan.. Alaaa, macam korang gantung nama kat pintu bilik tu. Pastu adik korang curi ambik buat main so hilang la id korang..
Semasa OS nak simpan data kat dalam harddisk tu, setiap bilik2 kecil akan diisi dan tidak semestinya satu data dalam satu bilik je, kalau data tu besar maknanya banyak la bilik perlu digunakan.. Mana muat kalau 3 orang kongsi bilik single je kan?.. Jika bilik2 kecil tu dah penuh, OS akan cari bilik2 kecil yang lain yang kosong dan ini akan menyebabkan data terbahagi kepada beberapa bahagian yang terpisah. Badan kat KL, hati kat Kelantan macam mana nak respon bila ada orang panggil.. Macam tu la juga komputer korang.. Kalau data yang disimpan tu berserabut macam tongkang pecah, OS nak baca data tu ambik masa la sikit sebab nak tapis sampah2 yang korang letak dalam harddisk tu.. Jadi untuk menyusun balik data2 tu menjadi sequences yang teratur, OS dah sedia dah satu applikasi untuk digunakan.. Tapi malang jugak sebab ramai yang tak tahu. Ape yang tahu? Guna komputer je, bila lembab, salahkan komputer sebab dah buruk.. dah lama tak format ni.. Errmmm, bukan masalah tak format, tapi kalau dah tahu guna je tapi tak servis macam tu la jadinya..
![]() |
So, untuk membantu korang terutama kepada mereka yang hanya tahu guna komputer je, boleh la download Auto Defragmenter yang saya sediakan ni.. Link download ada kat bawah sebelah tu kalau nak.. Tak kira la sape pun nak download boleh aje.. Memang saya buat skrip tu untuk semua orang termasuk saya sendiri.. Saya pun guna kat komputer saya..
Okay, kalau sape2 dah download tu baca cara nak guna nie..
1 – Open macam biasa
2 – bila kuar notis pasal insert data dalam registry klik je OK
3 – Selesai >> Install
4 – Bila dah siap install korang akan nampak ada menu baru bila korang klik kanan kat mana2 harddisk macam kat dalam gambar kat sebelah kanan ni.. 
Senang je nak guna kan? Just klik kanan pada mana2 harddisk yang korang nak defragmen pastu pilih defragment.. Bila dah klik tu tunggu je sampai tutup sendiri.. Last sekali ada mesej yang kata dah selesai.. klik je okay, jangan risau tu bukan malware pun.. Saja nak buat user friendly sikit.. Okay?
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca post yang panjang lebar.. Saya agak ada je yang tak faham tu.. bolehla bertanya kat sini ya.
Popularity: 15%

Comment by ja on 28 December 2009:
x de pun link download