Harga Minyak Naik Adakah Hadiah Untuk 31 Ogos

Salam ramadhan pembaca semua…Ekonomi-Politik: Harga Minyak Naik Adakah Hadiah Untuk 31 Ogos
Mesti pembaca semua sudah tahu apakah isi kandungan entri kali ini kan…
Post kali ini,agak berlainan dgn post yg lepas kerana kali ini melibatkan sedikit isu politik :D
Tapi tak mengapa,sy bukan berniat untuk memburukkan mana2 pihak…tapi ada kalanya kita perlu berfikir dan membuat pilihan yg tepat dalam hidup…mcmn pun, macam biasa la ye pembaca semua, tepuk dada tanya selera@akal iman masing2…

Tulisan sy pd kali ini sebahagian besarnya adalah sekadar ‘copy paste’ je…tapi bukan sekadar ‘copy paste’ je orait…tapi ingat..pasti ada sesuatu untuk sama2 kita fikirkannya…

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

“Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita,” kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

“Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat,” kata Salahudin. _

Tujuan sy hanya utk berkongsi info shj..yg selebihnya terletak pd pembaca2 semua untuk fikirkannya ye…So soalan sy: Apa reaksi saudara saudari semua mengenai hal ini?
kalau ada apa2 pandangan,komen mengenai entri ni,jgn tunggu2 lagi…jom kongsi info dgn kitorang semua ye!

Salam Ramadhan!

*dipetik dari Harakahdaily

Popularity: 14%

There Are 13 Responses So Far. »

  1. Perkara pertama yang membingungkan ialah harga runcit bagi makanan dan juga barangan lain naik dengan alasan, kos pengangkutan. Itu adalah senario biasa yang akan muncul seiring dengan kenaikan harga minyak.

    p/s – lori guna diesel.. mana ada naik harga …. harap-harap tiada yang menangguk di air keruh

  2. erm, bertambah kempislah poket lepas ni. perancangan utk pulih ekonomi sendiri pun perlu diubah drastik hu3

  3. hahaha pangkahlah lagi… :)

  4. @samdaddycool:
    hmm tu la psal…mmg konpem ada pihak yg nak amik kesempatan pnya…

    @megat:
    tu la psal…br je bli keta…tp mnyak plak da naik harga huh…

    @MyDailyBlog.Info:
    nak ‘pangkah’ mana satu neh hehe :D

  5. sedikit update berkisarkan isu kenaikan harga minyak ini:

    KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini.

    Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.

    Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

    “Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.

    “Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

    Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

    apakah reaksi saudara/saudari semua? :D

  6. Haih…
    minyak naik lagi…
    harga barang pun mesti naik…
    takpe…
    sabar je…
    kena banyak besabar ni bulan ramadhan….
    kena sekat duit poket takleh belanje lebih-lebih…

  7. takpe. rakyat di utamakan. naek sikit je pon. ala, kami xkesah. kami tetap sokong Pak Najib.

  8. hmm sbb rakyat diutamakan ke harga minyak dinaikkan…konpius haku… :sweat:

  9. slogan tu hanya utk kaburi mata jer kot. Kalu harga naik sapa yg paling untung dan sapa yang merana….

  10. @perniagaanLumayan:
    hmm btul gak kata hang tu perniagaanLumayan! :D

  11. Assalamualaikum.

    Salam perkenalan. Pasal minyak ni susah nak cakap. Penukaran minyak ron97 ke ron95 menjadikan prestasi kenderaan makin lembab. Kalau tak silap harga naik ni lepas sambutan hari kebangsaan hari tu kan? Hadiah kerajaan untuk rakyat :)

  12. Memang tak adil, jika minyak punya pasal semua kena kesannya

    naik minyak naik barang tapi tak naik gaji!

  13. bila minyak naik, rakyat pasti naik angin. jd bersabarla.

Post a Response