Kenapa Anda Tidak Patut Menggunakan Blogger Untuk Blog Bisnes Anda

Untuk post pertama kami pada kali ni adalah mengenai satu perkara asas yg. kemungkinannya ramai yg. tidak perasan atau tidak ambil peduli mengenai perkara ini. Iaitu mengenai beberapa sebab utama mengapa anda tidak patut menggunakan Blogger.com untuk blog bisnes anda dan ini juga merujuk kepada platform blogging/website percuma yg. lain.

Berikut adalah antara sebab-sebabnya:

• Kebanyakan blog-blog SPAM biasanya menggunakan Blogger sebagai platform blog utama mereka.

• Blogger biasanya telah disetkan mempunyai navigasi ‘Next Blog’ atau ‘Blog Seterusnya’

• Blogger tidak boleh dinaik taraf (upgrade) fungsi-fungsinya kerana anda tidak dapat mengawal software itu pada hakikatnya (berlainan dgn Wordpress).

•Semua orang sudahpun tahu servis Blogger adalah free, oleh sebab itu ianya sukar untuk menarik ramai prospek/pembaca yg. berpotensi kerana penggunaan Blogger sendiri sudah menunjukkan kekurangan komitmen terhadap bisnes anda.

• Mesej pemasaran anda sukar untuk disampaikan kepada prospek kerana terdapat konflik penjenamaan laman web anda yg. bersama Blogger.

• Oleh kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap software blog tersebut, maka laman web anda akan kekurangan nilainya dan tidak dapat dijual (jika ingin dijual) seperti mana laman-laman web yg. menggunakan alamat domain sendiri. (laman web juga adalah satu pelaburan)

• Oleh kerana setting asal Blogger adalah tidak mesra enjin carian (search engine optimization) dan juga tidak sesuai untuk teknik ’social media marketing’, maka anda memerlukan sebahagian besar dari masa anda dan juga pengetahuan teknikal untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan orang ramai banyak mengalami masalah ini terhadap blog/website mereka, oleh itu blog blogger mereka tidak akan mencapai ranking yg. baik di dalam enjin carian (search engine) dan juga agak kurang mendapat perhatian dalam halaman web ’social media’ seperti Stumbleupon, Digg dan sebagainya.

• Selain it, kebanyakan design template blog yg. anda gunakan sudah pasti ‘overused’ oleh pemilik-pemilik blog yg. lain. Sebab itu, blog/laman web anda agak sukar untuk mendapat perhatian dari prospek kerana design template tersebut sudah menjadikan blog anda kurang ‘hot’nya.

• Penggunaan Blogger sukar untuk manjadikan blog anda mencapai tahap kehebatan seperti blog komersil dgn domain sendiri yg lain.

• Penggunaan Blogger juga secara tidak langsung banyak memberi faedah kepada Google untuk exploitasi isi kandungan penulisan anda dan seterusnya menaikkan lagi ranking mereka di dunia internet.

• Akaun anda sudah semestinya mempunyai subdomain yg. telah ditetapkan iaitu: ABCDEF.blogger.com

• Faktor yg. terakhir buat masa ini adalah, ianya kurang ‘cool’ untuk menggunakan Blogger. (apa pandangan anda?) :D

Popularity: 12%

There Are 17 Responses So Far. »

  1. hehe! nmpaknya aku kenalah buat website wallpaper yg btul2 pnye :D

  2. wah. rajin nampak komen kat banyak blog.. :)

  3. @eyeman:
    hehe biasala, kami masih baru, perlu bnyk pendedahan sket :D
    rajin2la masuk sini lg orait, bnyk lagi kategeri post2 lain
    akan di tulis! ;)

  4. yup…blogger x cool! :p

    marilah berpindah ke domain dan hosting sndri!! hehe

  5. @spatt:
    haha ye betul eh? :D
    so, sapa2 yg belum ada blog/web dgn domain sendiri tu bolehlah hubungi kitorang untuk servis complete setup blog Wordpress anda. hehe! (promote sket) :D

  6. kento..camne ko wat flash yang dekat atas tu??

  7. @yazidyahya:
    oo flash video tu eh, buat pakai flash pnya program.
    klu nk tempah dgn kitorang pun bleh gak :D

  8. aku pun baru siapkan blog dot com sendiri semalam. Harap bleh belajar dari blog ni . i follow.

  9. @secret:
    ok thanks secret! ;)

  10. kepuasan blogging guna blogger dgn wordpress pn dah jauh beza, apatah lg guna domain n hosting sndri…

    p/s – bape charge yg korg kenekan utk wat blog?

  11. ya betul tu spatt! Self hosting Wordpress blog dgn Blogspot mmg jauh bezanya. Cuma perlu sedikit modal sahaja.

    p.s: biasanya kami cas complete (hosting+domain+installation+plugins) +-RM150 lebih murah dari pasaran biasa. Kebanyakan individu lain cas dalam RM180-RM200++ utk standard package. Jika mahu CUSTOM grafik pd header etc, sedikit harga tambahan akan di-cas (sket je) ;) Kelebihan mengupah orang setup blog anda adalah, anda tak perlu pening2 nak cari hosting, fikir mana nak beli domain, pening2kan kepala nk install script etc. Just serahkn pd kitorang semuanya! ;) senang bukan!

    p.s.s: Servis kami adalah 100% dilakukan secara profesional. [nice hosting, nice installation procedure, nice smooth transaction & everything nice!] ;) believe us, we didn’t do any crap services here hehe :D

  12. betul tu. aku beli domain dan hosting je dah RM120. Beli ebook dan RM23. Set up sendiri ambil masa 1 minggu . Memang berbaloi la kalau RM150. Cuma _e__a___a_ je yang tak boleh di beli.

  13. Ye, mmg btul secret, tapi itu cuma bg yg xmahu/xada masa utk buat sendiri je la. Tapi ada baiknya klau kita buat sndiri, boleh menambahkn lg skill kita ye tak? Tahniah secret kerana berjaya setup blog Wordpress dgn usaha sndiri! :D

    p.s: “_e__a___a_” tu apa eh? haha

  14. aku rase aku nk teka la…pengalaman kot.. :p

  15. erk, ye ke? aku rasa pun hehe! :D

  16. bkan ape.. klu gune hosting sndiri, kene setting sendiri.. klu yang baru tu, cnfrim serabut..
    pastu kn orng nak biz nie nak cari kos yng paling jimat.. kan2.. hehehehe

  17. @betul tu fique, sbb tu kdg2 ada org upah je org lain setup kan semua utk dia. lagi satu mmg berjimat tu pnting, tp biar kena pd kualiti juga. Jgn pula beli hosting yg murah2, tapi selalu ’server down; je xguna juga la tu :D btul x?

Post a Response