Forum Bantuan Google Adsense Telah Berpindah

Salam semua!
Buat info korang semua, ni adalah kali pertama post aku dekat sini orait! (walaupun sama2 perah otak untuk post yg lepas hehe). Style tulisan aku mesti korang dah biasa kan? Agak berlainan sedikit dgn JK. :D Oklah, untuk post kali ni just nak kongsi info berkaitan (Program Google Adsense) Google Groups dan AdSense Help Forum (English) yg asal sudah tidak boleh di akses lagi mulai 30 Oktober 2008 iaitu bermula semalam.

Mereka ini iaitu Team Forum Bantuan Adsense (Adsense Help Forum) sudah berpindah dari platform yg lama kepada platform yg baru. Kata pihak Google Adsense, tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menampung atau merealisasikan permintaan dari pengguna-pengguna (forumer2) yg suka buat request kat diorang pasal features forum dan sebagainya.

Untuk meneruskan lagi perjalanan Google Adsense Support tersebut, sesiapa sahaja pengguna Program Google Adsense bolehlah mula melawat halaman baru mereka di sini (Google Adsense Support Forum- Baru).

Untuk makluman pembaca semua juga, sesiapa sahaja diberi kebenaran untuk membaca isi kandungan forum tersebut, tetapi anda semua mestilah ’sign up’ terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat sebarang post di sana.

Platform terbaru Google Adsense Support Forum ini bercirikan:

*Format soalan & jawapan (Q & A) yg lebih mudah, cepat & tepat.
*Fungsi carian (search) yg dinaiktaraf & diintegrasikan dgn Adsense Help Center.
*Kawalan Spam yg lebih baik & mantap.
*Terdapat fungsi paparan seperti ‘Top Contributors’ dan ‘Frequent Posters’
*Kemudahan untuk anda ’subscribe’ & menerima jawapan melalui email anda.

Jadi sekarang, apa korang tunggu lagi? kalau ada apa2 je problem yg di musykil-kan, bolehlah stat join forum tu ok! (Kalau nk bertanya kat sini je, lagi dialu-alukan hehe)

p.s: Korang dah penah terima duit dari Program Google Adsense? hmm even aku baru je join, tapi aku dah penah…skrg tggu payment ke-2 dan juga ke-3 dari Google Adsense :D

p.s.s: Ada sebarang info nak kongsi?

Popularity: 80%

There Are 22 Responses So Far. »

  1. aku ingat adsense ko yang berubah rupanya Google punya..Hahhhhaa :D

  2. er, ye la forum Google Adsense yg asal dah dipindah kt sini:
    http://www.google.com/support/forum/p/AdSense?hl=en

  3. camno nak berniaga ngan google adsense ni haa..aku minat jugak ..tlg la habag mai..tq

  4. Google Adsense ni sng cerita diorang akan suruh kita letak iklan dia kt blog/website kita. (pernah nampak tak website yg ada iklan tulis ‘ads by Google’) Lepas tu diorang akan bayar apabila ada orang yg klik iklan tersebut. Bila ada je orang klik, diorang akan bayar dari serendah $0.01usd-$XX.00usd setiap satu klik. Kebiasaanya yg kami dapat adalah $0.25/klik dan paling tinggi adalah $2.50usd/klik. Untuk info yg lebih lanjut dan utk signup bleh lawati http://adsense.com.
    Jika ada apa-apa soalan lagi, boleh tnya kat sini ya. ;)

  5. ok la boleh tak nak tanya sikit aku ni dah join adsense lama dah tapi tak pernah dapat yg memuaskan seperti orang lain ok la aku naktanya ni

    soalan pertama
    selapas aku isikan ad adsense di blog aku apa yg aku harus buat untuk mendapatkan klik yg banyak ok :

    soalan kedua
    macam mana nak letak ad adsense dicontent blog kita

    tlg jawab nya siapa nak jawap pun tak apa tengah buntu ni

  6. @rizal:
    ok rizal, mcm ni-

    S1-Apabila dah letak code Google Adsense tu, mesti mahu ada orang klik iklan Adsense tersebut kan? Point yg plg penting skali utk ada org klik iklan tersebut adalah: Trafik!
    Trafik yg tinggi blog anda, akan meningkatkn possiblity iklan anda di klik. Dan jgn sesekali klik iklan anda sendiri. Faktor penting yg lain adalah kualiti contents blog anda yg bagus.
    Jangan sesekali ‘copy & paste’ contents dr website lain 100%. Jika mahu juga, ubahla sbhgn besar artikel tersebut jika anda betul2 tiada idea utk menulis. Posisi iklan tersebut juga memainkn peranan pnting. jgn pula meletak di bhgn bawah sekali atau tersorok dr pandangan. Kalau boleh masukkan dibahagian post anda. Banyak lg teknik2 yg perlu dipelajari.

    S2: Untuk letak Adsense di contents blog anda, ada beberapa cara.
    Jika menggunakan Wordpress, ada plugin yg boleh dipasang bagi memudahkan kita memasukkan iklan Adsense. Jika menggunakan Blogspot.com, ada bnyak cara utk berbuat begitu. Sbg contohnya DI SINI

    jika ada apa2 soalan lg, boleh bertnya di sini ok! :)

  7. terima kasih…kalau boleh buatlah tips2 untuk blogspot juga yea..sbb saya nie baru nak berjinak2 dlm blog nie..he3

  8. oo mcm tu ye alif. Ok xde masalah, insyaAllah kita akan buat sekali untuk blogspot. ok!

  9. btol2… aku pun br nak blajr.. hheehe

  10. haha bagusla fique! nnti kita akan tulis lagi tips2 psl Adsense ni dan tips blogging yg lain jgk ok! :)

  11. Wah hebat ko.. baru join dah dapat 2nd payment..
    AKu masih terkial2 lagi…
    Insyaallah bulan depan baru lepas payment minimum

  12. wah okla tu zool! aku pun dlu cam susah je nk dpt 1st adsense payment. Skang dh nk paymen ke2 & ke3 dah alhamdulillah :D

    p.s: shhh….2 payment pasal 2 akaun berlainan hehe ;)

  13. aku pun tak pernah dapt payment adsense lg :( maybe sebab aku bukan player adsense yg hati kering..

  14. hehe richie, apa maksud hang hati kering tu :D
    cuba lagi & cuba lagi hehe!

  15. hoho.. hati kering tu maksudnya, kira dia kental la..
    contohnya :

    nak ponteng kelas,tido dekat asrama..
    kalau kantoi nanti kena rotan..
    sbab dah tak tahan ngantok,dgn hati yang kering dia tdo juga kat asrama..wahaha..

    kiranya palyer adsense ni sggup berhabisan2 naikkan trafik adsense..hoho

  16. oo macam tu ye richie…
    paham dah sekarang hehe :D

    p.s: aku bab-bab peribahasa ni kureng sikit haha :D

  17. Memang menguntungkan Google Adsense nih…

    xetech’s last blog post..How To See Hidden Files, Using Dos

  18. Salam. Google adsense memang boleh buat duit. Siapa tak apply rugi, tapi untuk dapatkan komisen kena banyak bersabar dan cari tip2 untuk dapatkan lebih banyak komisen.

    khadijah’s last blog post..Dapatkan RM5 per lead

  19. please help me..im new…xtahu sangat..nak joint..tapi dok blur ajer…huhuhuhuhu

  20. please buzz ym saya ct_equanimity00@yahoo.com

  21. Satu akaun saya telah terkorban.kesian tak boleh buat apa.
    Google ni orang berbincang dengan baik.dia tetap juga dengan
    pendirian.Akaun Adsense anda telah diharamkam ( banned) terus
    selamanya.

    Kali ni nak daftar dengan nama syarikatlah.enterprise pun Google
    terima.hehehe.jangan marah.

  22. sapa2 berminat sila lawati zaimibiz.com (google adsense)

Post a Response