Hukum Halal Haram Interest dan Dividen Bank Malaysia

Salam semua.
Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai Halal atau Haram Interest dan Dividen Bank Malaysia. Disebabkan kebelakangan ini banyak timbul keraguan dari banyak pihak, maka kami merasa terppanggil untuk berkongsi info mengenai Halal atau Haram Interest/Dividen Bank ini.
Sebenarnya apa yg kami ingin kongsikan kali ini adalah bukan dari penulisan kami sendiri, tapi sekadar ingin berkongsi apa yg kami dapat melalui penerokaan dari dunia internet sahaja. Tujuan kami adalah untuk memudahkan anda semua membuat rujukan didalam mempersoalkan topik Halal Haram Interest dan Dividen Bank ini.
Selebihnya terpulang pada individu atau pihak masing-masing untuk menilai dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai topik Halal atau Haram Interest/Dividen Bank ini. Sebenarnya topik seperti ini masih lagi terbuka untuk perbincangan oleh para alim ulamak dan juga pihak pemerintah negara khususnya.
Walau apapun, sila ikuti apa yg kami ingin kongsikan seterusnya…Informasi kandungan ini adalah apa yg kami petik daripada sebuah laman forum berbincangan di internet.
Soalan:
sebenarnya aku masih tak clear tentang hukum faedah bank di malaysia ini….ada banyak istilah, kita ambik secara overallnya…Sistem Perbankan Islam….so apa hukum faedah ini…adakah dikira sebagai riba dan haram kita memakannya…sedangkan ia adalah keuntungan yang dibahagikan kepada pendeposit/penyimpan/pencarum….harap beri penjelasan dgn panjang lebar dan mudah difahami…terimakasih
Respon 1:
Cuba kita fahami konsep perbankan islam dahulu:-
Wadiah (Simpanan)
Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana. Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan, atau sebahagian daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan ‘hibah’ (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.
Mudharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh pemberi modal.
Hibah (Hadiah)
Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima.
Salah satu produk menggunakan konsep wadiah:-
Wadiah Savings Account (Produk konvensional – Savings Account)
Salah satu produk menggunakan konsep mudharabah:-
Mudharabah General Investment Account (Produk konvensional – Fixed Deposit)
Soalan kecil:
…Sistem Perbankan Islam….so apa hukum faedah ini…adakah dikira sebagai riba dan haram kita memakannya…
Dalam perbankan islam ia tidak dipanggil faedah (interest) tetapi dividen (hibah/hadiah) jadi tidak timbul persoalan riba di sini..
untuk maklumat lajut lawati:-
http://www.bankinginfo.com.my/index.php?ch=44&pg=61
wallahu’alam.
Respon 2:
Tak retik2 lagi hidup dialam masa kini… Kekadang adakalanya kiter perlu yakin dgn setiap perbuatan, pekerjaan yg kiter lakukan tue… jgn dok pening2 kepala kata benda nie haram ke? halal ke? atau halam ke? Mcm KFC jugak ler… ada sesetgh kata haram, ada kata halal?… rokok tue, ada kata haram, ada kata makruh jer… dsb lagi…
Pertanyaan2 sebegini, kekadang boleh menyebabkan kiter terpaksa mendaftarkan diri dihospital bahgia!… (jika tak kena gaya ler).
Maka sebab itu, kena yakin dgn setiap perkara tue… jgn ada was2 dlm hati… jika ada skit jer walau sebesar zarah, maka haramlah benda tue… tapi jika sekiranya tak tahu (tak pasti lagi hukumnya sehingga diberitahu) maka haruslah benda tue sumer… Wallahu a’lam bisshawab.
Respon 3:
Maka sebab itu, kena yakin dgn setiap perkara tue… jgn ada was2 dlm hati… jika ada skit jer walau sebesar zarah, maka haramlah benda tue… tapi jika sekiranya tak tahu (tak pasti lagi hukumnya sehingga diberitahu) maka haruslah benda tue sumer…
cuma sedikit penambahan, dalam penentuan halal, haram, harus, makruh dan etc.. hendaklah ia bersandarkan nas-nas atau hujah yang menepati syarak. Adapun kita sebagai org awam ini samaada bolehlah mencari sandaran atau nas2 tersebut melalui pencarian ilmu atau yang paling mudah dalam kita mencari kepastian ialah mencari guru yang mursyid bagi memimpin kita dalam hidupan seharian sebagai indivivdu muslim yang beriman serta beramal ke jalan yang soleh.. insyaAllah..
Respon 4:
Sefaham saya (orang yg kerja bank tolong betulkan) faedah simpanan kita adalah keuntungan yang dibahagian oleh bank kepada kita hasil daripada pendapat bank tersebut. Tidak kira bank Islam atau bukan.
Kita mesti bezakan interest/bunga bagi pinjaman dan faedah/dividen bagi simpanan.
Maksudnya di sini A pinjam 100 000 dan interest 3% setahun itu adalah riba’. Tetapi A menyimpan di bank X dan mendapat dividen dari keuntungan bank dari perusahanaan mereka dikira sebagai pembahagian untung.
Soalan kecil:
Namun begitu, kenapa ulama memfatwakan faedah bank haram seperti dr yusuf Al Qaradawi?
Jawapannya mudah: kita kena fahami dari mana faedah/dividen utk diberikan kepada kita oleh bank conventional itu memperolehi keuntungan.
Di antara kaedah mereka mendapatkan keuntungan:
1. Interest/bunga pinjaman
2. Pelaburan
Bunga dari pinjaman kita ketahui adalah riba yang diharamkan. Sedangkan pelaburan bagi bank conventional tidak terhad kepada pelaburan kaunter halal. Malah kaunter arak dan sebagainya pun di masuki sekali. Maka dengan itu, keuntungan ini akan dibahagikan kepada penyimpan di akhir tahun dalam bentuk dividen. Maka hukumnya haram kerana kita berkongsi perkara yang haram. Berbeza dengan bank Islam yang tidak terlibat dengan pinjaman riba dan sentiasa memastikan pelaburannya dalam kaunter halal. Maka dividennya halal di ambil.
Soalan kecil:
Bolehkah kita membelanjakan faedah dari bank konvensional?
Jawapan: Hukum faedah tersebut adalah haram dan haram membelanjakan wangnya. Kaedah utk menggunakan wang tersebut ialah diberikan kepada pembinaan jalan, atau pembinaan tempat awam dll. (fatwa qaradwi) tetapi tidak beroleh pahala sedekah kerana sumbernya haram.
Respon 5:
Soalan kecil:
Maknenye faedah perbankan Islam sekarang adalah halal atau haram???
Yang dibenarkan oleh Islam adalah competition yg sihat dan perniagaan yang halal. Bila kita jual satu produk untung 100% orang lain jual produk yg sama untung 50% shj sudah tentu customer pergi kepada org yg jual murah dari kita. Maka dari sini nak ambil untung berapa peratus pun tak mengapa. Yang dilarang bila kita shj jual produk tu dipasaran. produk tu mmg org perlukan sebagai bahan keperluan utama. lepas tu kita jual dgn harga yg amat tinggi sampai menindas org2 yg tidak mampu. itu penindasan yang dilarang. Dilarangnya kerana penindasan bukan kerana peratusan untung yg kita ambil. Berapa peratus kita nak letak pun tak ada masalah.
Soalan kecil:
Sebelum tu aku nak betulkan penggunaan perkataan di sini.. dalam Perbankan Islam istilah yg digunakan adalah hibah/dividen dan bukannya faedah.Jadi kenapa masih ragu-ragu tentang hibah dalam Perbankan Islam? Hibah bermaksud hadiah… adakah anda berpendapat bahawa hadiah adalah haram?? dan keuntungan tersebut diperolehi daripada pelaburan yg diluluskan oleh panel syariah…
Bagi saya faedah/hibah/hadiah/dividen etc itu semua hanyalah nama. Tidak penting. Yang penting adalah hakikat perkara tersebut. Najis kalau kita panggil bunga pun tetap najis.
Saya bagi anologi ini bukan nak kata dividen dari bank Islam itu haram. Maksud saya kita lihat pada hakikat bukan pada nama.
Seperti yg saya jelaskan faedah bank konvensional datang dari sumber bercampur halal dan haram. Antaranya dari riba’ dan pelaburan yang bercampur haram dan halal. Dalam fiqh apabila bercampur yg halal dan yg haram, maka hara hukumnya.
Berbeza dgn bank Islam, pelaburannya di jaga agar pelaburan hanya berlaku dalam kaunter halal. Begitu juga pinjaman tidak digunakan kaedah riba tetapi kaedah lain yg tidak menyalah syarak. Walaupun byk kritkan yg kita boleh buat dgn bank Islam, tetapi itulah alternatif terbaik yg kita ada pada masa kini.
wallahualam
Respon 6:
Perkara macam ni banyak sangat pendapat ulama’ sampai masyarakat islam banyak yang keliru… Kalau kamu rajin, buatlah research sendiri… carilah penulis daripada ulama’ muktabar seperti Syeikh Yusof Qardhawi, Abdul Ala Al Maududi, Imam Fathi Yakan, As Syahid Syed Qutb, As Syahid Imam Hassan Al Banna, Syeikh Sayyid Sabiq, Ibnu Qayyum, Imam Ghazali…. tapi jgn cari rujukan dari astora jabat!…
Respon 7:
Soalan kecil:
bank Islam yang saudara maksud kan adalah BANK ISLAM BHD atau sistem perbankan Islam???…..takut saya salah tafsir di sini
Bank Islam Bhd, Bank Muamalat & Bank Rakyat adalah bank yg menggunakan sistem Perbankan Islam sepenuhnya manakala bank komersial yg lain seperti Maybank, RHB Bank, Public Bank dll mempunyai dua sistem perbankan iaitu perbankan Konvensional & Perbankan Islam. Jadi konsep yg digunakan adalah sama (Perbankan Islam) cuma perbezaan di sini adalah bank seperti Maybank berkongsi infrastructure yg sama dengan konvensional (berkongsi cawangan dll)
Respon 8:
Benda ni ada banyak pendapat …… ada yg kata boleh, ada yg kata tak boleh. Yang kata tak boleh, dia punya perumpamaan, dalam 2 tong yg mempunyai kandungan air yg bersih dan boleh di minum, maka ramailah yg akan minum air itu, tetapi apabila si peminum ternampak walaupun seketul je tahi dalam dalam salah satu tong itu, tetapi tahi tu tahi keras dan tak larut pun dalam air….. si peminum sudah tentu tidak akan minum air drpd tong tersebut walaupun air itu bersih, kerna jijik melihat tahi itu….. macam tu lah perumpamaannya, yg bersih tak boleh bercampur dgn yg kotor. Maka ke semua peminum sudah tentu akan beralih ke tong yg mempunyai air yg bersih dan mutlak.
Dan yg kata boleh pulak adalah berdasarkan sistem sekular yg terdapat di seluruh dunia ini. Kalau kita hanya support bank islam sahaja….. bagaimana dgn bank lain yg mengamalkan operasi syariah…… tak pasal2 saja bank yg dah sekular terus jadi sekular,… maka tidak ada lagi bank commercial lain yg nak support produk islam…… maka produk islam takkan berkembang. So, tak kisahlah bank mana pun yg mempunyai produk islam, yg penting kita support produk islam tu, bukannya support bank tu….. kalau semua org berfikiran nak utamakan bank islam sahaja….. maka inisiatif dakwah berhikmah takkan berjalan lancar, dakwah kita bukan hanya pada golongan Islam, tapi pada golongan bukan islam jugak…
Wallahu a’lam bisshawab.
Respon 9:
Apabila saya memberikan pendapat saya di dalam maslah ini saya menyebut bank secara umum. Saya tidak menyebut transisi dan bank secara specific. Maka saya memberikan kaedah umum terpulang kpd pembaca utk mengkaji perbankkan berdasarkan kaedah umum ini.
Rasanya beza antara faedah/dividen bank konvensional dan bank Islam seara umum semua jelas. Cuma timbul persoalan lagi: Apa beza bank Islam secara keseluruhannya dan bank konvensional yg mempunyai kaunter halal/syariah?
Maka ini kita kena tengok case by case. Kita tak boleh main pukul rata. Nasihat saya pergi ke setiap bank yg kita berminat utk masukkan duit dan buat sedikit reseach. Kalau tak puas hati boleh jumpa pegawai syariah mereka.
Tetapi secara umumnya begini.
1. Sekiranya bank konvensional mampu mengasingkan faedah yang dibahagikan dalam kaunter halal utk dilaburkan dalam perlaburan halal shj tanpa mencapur adukkan dgn pelaburan dari akaun biasa, pada masa ini, pada pendapat saya, saya katakan ianya harus. Tetapi kalau ada ulama mujtahid menyatakan sebaliknya maka batallah pendapat saya.
2. Sekiranya tidak berlaku di atas. Betul ada kaunter halal tetapi tidak dijaga dimana disalurkan duit dan percampuran di antara pendapat kaunter halal dan haram, maka haramlah hukumnya utk menggunakan dividennya.
3. Bank Islam 100%. Walaupun bank Islam yang ada pada masa kini tidaklah 100% bebas dan tidak bercampur baur dgn yg halal dan haram, tetapi itu adalah lebih baik daripada bank konevnsional yg menawarkan perkhidmatan bercampur baur pendapatannya.
Ini semua adalah pendapat saya utk kaunter di MALAYSIA. bukan di luar Malaysia spt di US, UK austraila dll. Utk itu kena mintak pendapat berasingan.
Wallahualam
Selebihnya anda boleh juga membuat rujukan dari:
Sumber 1
AL-AZHAR: DALAM USAHA UMUMKAN KEHARUSAN FAEDAH BANK
Sumber 2
Al-Qardhawi : Faedah Bank tetap haram walaupun Al-Azhar menghalalkannya
Sumber 3 (rakaman audio)
Khutbah Jumaat 20/12/2002 Syeikh Mohamed Said Ramadhan Al-Bouti mengecam fatwa penghalalan faedah bank oleh Syeikh Al-Azhar
Kesimpulannya, topik Halal atau Haram Interest/Dividen Bank ini masih lagi terbuka untuk perbincangan yg lebih serius bagi golongan alim ulamak dan pihak pemerintah negara Malaysia khasnya. Pihak yg bertanggungjawab perlulah berani menampilkan persoalan ini dengan lebih terang & jelas kerana perkara ini amat penting untuk menjamin kesejahteraan kita di dunia mahupun akhirat. Andai kata anda mempunyai pandangan/komen atau sekadar ingin berkongsi info, rajinkanlah diri anda untuk menaip di ruangan komen dibawah ye. Jangan lupa juga utk klik “Like!” pada button disebelah bawah jg ye! Sekurangnya anda dapat berkongsi dgn rakan anda di Facebook mengenai topik ini.
Ingat, jomkongsi info!
Terima kasih kpd Bincang.net
Popularity: 1%