Lagi Kes Perniagaan MLM Scam Dan Tipu Duit

Pelaburan RM26j lebur

KUALA LUMPUR: Dengan memperkenalkan pelaburan berkonsepkan ‘makan dan untung’, sebuah restoran terkenal didakwa melesapkan kira-kira RM26 juta hasil pelaburan 17,000 ahlinya sejak awal tahun lalu.

Berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang itu menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas serendah RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit.

Namun, penipuannya terbongkar apabila ada antara pelabur membuat laporan polis selepas tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.

Seorang mangsa yang dikenali sebagai Lim, 30, berkata dia kini berputih mata apabila pelaburannya RM144,960 lesap berikutan gagal mendapat pulangan selepas enam bulan melabur.

“Saya diperkenalkan dengan pelaburan berkonsepkan kad prabayar itu melalui seorang kawan. Ia dikatakan memberi keuntungan bukan saja berbentuk mata bonus yang boleh ditukar untuk makan dan minum di restoran itu, malah mendapat pulangan bulanan mencecah ribuan ringgit.

“Tertarik dengan ganjarannya, saya dan 14 ahli keluarga termasuk saudara-mara melaburkan wang dalam pakej platinum dan emas secara berperingkat. Ini kerana mereka mendakwa pelaburan ini sah dari segi undang-undang,” katanya.

Lim berkata, keuntungan itu dipanggil ganjaran iklan bulanan dan dia sekeluarga hanya menerimanya beberapa bulan pertama sebelum pengurusan restoran itu memberi pelbagai alasan dan mengelak diri daripada bertemu pelabur.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Magen, 41, berkata dia kerugian RM36,100 wang simpanannya apabila tertarik dengan skim yang diiklankan di sebuah akhbar tempatan.

“Dengan dijanjikan keuntungan bulanan RM1,500 sehingga lima tahun, tanpa ragu saya melaburkan wang simpanan dan hanya menerima pulangan untuk enam bulan pertama.

“Selepas itu, tiada sebarang berita mengenai pelaburan terbabit hingga diberitahu seorang kawan restoran itu mengalami kerugian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata 62 mangsa datang ke pejabatnya membuat aduan mengenai penipuan itu dengan 25 laporan polis dibuat di sekitar Lembah Klang.

“Berdasarkan aduan, skim terbabit mempunyai 17,000 ahli yang dijanjikan pulangan bulanan lumayan tetap berbentuk wang, komisen dan baucar makanan sejak ia mula beroperasi awal tahun lalu.

“Mangsa perlu melabur RM3,000 hingga RM150,000 bagi melayakkan mereka mendapat pulangan dengan konsep lebih besar pelaburan, lebih banyak keuntungan,” katanya di sini, semalam.

Namun, mangsa hanya menerima pulangan pada peringkat awal pelaburan dan menyedari ditipu apabila syarikat itu tiba-tiba menghentikan pembayaran keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.

“Kami mengadakan beberapa pertemuan dengan pengurusan restoran itu bersama pelabur, namun mereka gagal mencapai jalan penyelesaiannya. Kini, kami bekerjasama dengan polis bagi menyiasat dakwaan mangsa,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani mengesahkan menerima laporan dan menyerahkan kes terbabit kepada Bank Negara Malaysia untuk siasatan selanjutnya.

So, jangan kerana duit, kita cepat rabun mata dan buta hati…apa kata anda semua?

Popularity: 9%

There Are 3 Responses So Far. »

  1. mengenai artikel ni..sya nk thu kes tipu melalui internet ni byk brlaku..jd ada sotg member ni kna tipu leh bf dia…kalau kes cmni blh wt aduan juga ker….kalau dikira hutang msti dibyr tp kalau org yg brhutang tu trus mghilang diri ni kira kes tipu…n then..ckp org lain bodoh dan sial…apa makna tu..boleh ke kes ni dibawa ke pihk yg brkuasa…harap dpt mnbntu….

  2. salam cik,pd saya..kiranya kalau rasa perlu,bolehla segerakan membuat aduan pada pihak berwajib..bukan apa,takut dah kes jadi lama,jadi susahla mcm tu…lagi satu,kalau melibatkan duit dlm jumlah yg agak besar bg cik,saya sokongla buat aduan :) good luck!

  3. MLM merupakan salah satu cara marketing yang baik
    ( leveraging ) di mana kita akan mendapat results dalam masa yang terdekat.

    Memang banyak company ( scammer ) di luar yang telah
    memasang perangkap di luar.
    Ketamakkan kita yang menjerat kita sendiri

    So there is no either right or wrong
    seseorang perlu responsible for their action n decisions made
    after analyzing,smart smart lah buat decision

    Some certain MLM company really has helped people through their products and we have many testimonials.
    MLM products dijual mahal mungkin 10 kali kos
    kemungkinan hasil pelaburan R & D
    dan juga membayar komisyen member
    kalau kita put ads commercial,thts also a cost
    just sekarang kita jimat kos sebagai income untuk semua

    yang masuk tak dapat apa-apa
    if because the life cycle of product is short
    people may not use it for long time as monthly basis
    no repeat sales,low repeat sales

    I believe,orang yang berjaya dalam apa-apa industri
    tidak kira mlm ke tidak,
    resipinya ialah usaha tanpa henti,pengorbanan,inisiatif yang tinggi

    Cuba survey orang yang telah berjaya
    they dont come overnight
    effort & attitude membezakan segala-galanya

    No right n wrong here

    just as investment / chance
    any business or investment punya ada risikonya
    beli saham / unit trust pun ada risikonya juga.

    too many uncertainties

    kita boleh hidup dalam kesederhanaan tanpa mencuba risiko
    tetapi banyak yang ingin mengubah hidup dengan mengambil sedikit risiko dalam hidup

    orang yang betul-betul berjaya dalam hidup sering mengambil risiko,
    trial n error.

Post a Response